Friday, December 4, 2015

Mengapa Kita Perlukan Air dalam Badan?

"Saya malas la nak minum air kosong.. Saya tak suka minum air kosong banyak-banyak, rasa nak muntah. Saya tak suka minum air kosong banyak sebab nanti rasa nak terkucil je, malas nak ke tandas banyak kali.." 

Ini antara kebanyakannya alasan biasa mereka yang tidak mengutamakan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Tahukah anda, apakah akibat kekurangan air dalam tubuh? Mengapakah kita memerlukan air yang mencukupi dalam badan?

Mungkin selepas membaca entri ini, persepsi anda berubah tentang kepentingan minum air yang mencukupi. 

Mengapakah kita perlukan air? 


1. Mengatur suhu badan

Apabila tubuh kita kekurangan air, suhu tubuh akan menjadi panas dan meningkat. Lalu menjadi punca kepada penyakit antaranya demam.

2. Melancarkan peredaran darah

Apabila air (cecair) tidak mencukupi, maka darah akan mengental akibat cairan dalam darah 'disedut' oleh fungsi tubuh yang lain. Ia memberi implikasi tidak baik kepada otak dan jantung. 

3. Membuang racun dan sisa makanan

Air membersihkan racun dan sisa makanan dalam tubuh melalui peluh dan pernafasan. 

4. Kesihatan kulit

Air berfungsi untuk menjaga kelembapan, kelembutan, dan keanjalan kulit.

5. Membantu sistem pencernaan

Pengambilan air yang cukup akan membantu proses sistem pencernaan di dalam usus besar di mana gerakan usus menjadi lebih lancar, sehingga melancarkan pengeluaran najis tanpa risiko sembelit. 

6. Pernafasan

Paru-paru memerlukan air untuk pernafasan kerana paru-paru harus basah dalam bekerja memasukkan oksigen dalam sel tubuh dan membawa karbon dioksida keluar dari tubuh. 

7. Kesihatan sendi dan otot

Cecair dalam tubuh membantu melancarkan gerakan pada sendi dan otot. Semakin aktif kita bergerak, semakin banyak air yang kita perlukan untuk mengelakkan risiko kekejangan otot. 

8. Pemulihan penyakit

Pengambilan air yang mencukupi ketika sakit sangat penting dalam membantu pemulihan dari sesuatu penyakit kerana air membantu menggantikan cairan yang terbuang. 

Info: Setiap 25 kg berat anda, anda memerlukan 1 liter air sehari. Seandainya berat anda 75 kg, anda memerlukan  3 liter air sehari.

Ingat tau..buang alasan tak suka minum air kosong. Kalau tak mahu anda mempunyai risiko penyakit antara 8 point di atas, amalkanlah pengambilan air yang cukup bermula sekarang!

No comments:

Post a Comment