Thursday, October 16, 2014

Sakit Pinggang Ketika Hamil? Simptom Biasa atau Bahaya?

Tips atasi sakit pinggang ketika hamil
Terasa sakit di pinggang ketika hamil merupakan perkara yang biasa dan kerap kali terjadi sepanjang kehamilan. Ketidakselesaan, terasa lenguh dan mencucuk-cucuk di bahagian pinggang ketika hamil kadangkala menimbulkan kerisauan di kalangan ibu hamil lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak pernah mengalami situasi ini. Setiap kehamilan memiliki simptom kehamilan yang berbeza di antara seorang anak dengan anak yang lain. Kadangkala anak sulung sedikit sukar perjalanan kehamilan anda, kadangkala anak kedua tidak mengalami sebarang kesukaran. Oleh yang demikian, ibu hamil perlu mengambil berat dengan perubahan diri anda sepanjang kehamilan, 
Biarpun sekadar sakit pinggang, anda perlu mengambil berat tentang gejala ini. Samada sakit pinggang biasa bagi kebanyakan wanita hamil mahupun kesakitan pinggang yang luar biasa yang boleh mengundang risiko nyawa kepada anda dan bayi dalam kandungan. 

Berikut merupakan antara tips yang perlu dititikberatkan wanita hamil:
  1. Elakkan posisi tubuh yang tidak betul samada ketika duduk, berjalan atau berbaring. 
  2. Elakkan membongkok atau menunduk secara terus apabila ingin mengangkat barang di lantai, Pastikan anda membuat posisi duduk cangkung terlebih dahulu iaitu dengan membengkokkan kaki, pastikan postur tulang belakang anda betul. Sebaiknya, elakkan mengangkat barang berat sepanjang kehamilan.
  3. Elakkan berdiri terlalu lama.   
  4. Elakkan duduk dalam posisi yang salah. Letakkan bantal kecil di belakang tubuh anda agar anda rasa lebih selesa. 
  5. Elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi dan kasut bertapak keras. Pastikan tapak kasut anda lembut dan rata supaya dapat menyokong postur tubuh anda yang semakin memberat.
  6. Tidur di tilam yang tebal. Elakkan tidur di atas lantai.
  7. Dapatkan bantuan suami anda untuk membuat urutan di bahagian belakang tubuh anda supaya anda lebih selesa.
  8. Lakukan senaman yang sesuai bagi wanita hamil
  9. Amalkan pengambilan kalsium yang mencukupi kerana kekurangan kalsium ketika hamil membuatkan anda rasa sengal di bahagian pinggang, kaki dan belakang. 
Kedudukan postur tubuh bagi wanita hamil berjalan dengan baik
Kedudukan postur tubuh yang betul ketika berjalan
Credit pic to: http://tinyurl.com/oygw953


Kedudukan postur tubuh ketika duduk bagi wanita hamil
Postur tubuh ketika duduk bagi wanita hamil
Pic credit to: http://tinyurl.com/oygw953

Kedudukan postur baring bagi wanita hamil
Kedudukan postur tubuh ketika baring bagi wanita hamil
Pic credit to: http://tinyurl.com/oygw953

Namun, seandainya anda memiliki gejala sakit pinggang luar biasa, bukan sekadar lenguh di bahagian pinggang, anda perlu mendapatkan rawatan segera dari doktor anda kerana mungkin anda mengalami simptom:
  • Anda mengalami kencing kotor
  • Anda bakal mengalami keguguran bayi
  • Anda hamil luar rahim yang memerlukan anda menggugurkan kandungan kerana boleh membahayakan nyawa anda.
Oleh yang demikian, jangan pandang enteng dengan simptom sakit pinggang ketika hamil walaupun anda rasakan ianya merupakan sesuatu yang normal bagi wanita hamil!

Istimewa buat ibu-ibu hamil, rangkaian produk Shaklee turut menyediakan produk yang sesuai untuk mengatasi masalah sakit pinggang ketika hamil ini iaitu dengan pengambilan OsteMatrix Shaklee


OsteMatrix Shaklee atasi masalah sakit pinggang ketika hamil

Atasi masalah sakit pinggang anda sekarang dengan pengambilan kalsium yang mencukupi. Dengan setiap hidangan OsteMatrix sudah mencukupi untuk hidangan lengkap anda seharian. 




------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..



Pengedar Shaklee Klang, Meru, Kapar, Pelabuhan Klang, Sementa,

Tercari-cari income tambahan untuk menjana pendapatan keluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..






3 comments:

  1. Ostamatrix bukan sekadar kalsium!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sungguh..OsteMatrix bukan sekadar kalsium.. 1 tablet menyamai dengan minum segelas susu dan 80 biji badam.. Sy tak pernah miss ambil 4 biji sehari ni..Hehe sbb tahu wanita lebih berisiko mengalami kerapuhan tulang di usia tua..^_^

      Delete
  2. Betul.. Kene brjaga-jaga selalu..

    ReplyDelete