Monday, October 6, 2014

Mama, Bantu Adik.. Adik Tak Cukup Minum Air Kosong!

Air merupakan salah satu sumber kurniaan rezeki yang sangat penting untuk kehidupan. Manusia, tumbuhan, binatang semuanya memerlukan air untuk hidup. Kalau oksigen untuk manusia bernafas menjadi keperluan utama, air pula jatuh di tangga kedua. Tubuh manusia juga keseluruhannya terdiri daripada air iaitu sebanyak 60-65% termasuk otak yang memiliki air sebanyak sebatang rokok! Anda bayangkan sekiranya urusan kehidupan anda tanpa bekalan air? Begitu juga dengan tubuh manusia. Tanpa air, pelbagai penyakit boleh mengganggu kehidupan manusia. Ikuti sharing saya, Pengedar Shaklee Klang mengenai kesan pengabaian air kosong kepada kanak-kanak.

Sebagaimana tumbuhan dan binatang memerlukan air untuk hidup, begitu juga dengan manusia. Cuba anda bayangkan bagaimanakah keadaan tumbuhan yang kekurangan air? Layu, daun dan kelopak bunga berguguran, longlai, tidak segar, hasil buahan tidak menjadi dan akhirnya mereput, lalu mati. 

Begitu juga keadaannya dengan manusia. Manusia masih boleh menahan lapar berbanding kekurangan air. Banyak komplikasi lain yang bakal dihadapi apabila kekurangan air.

Kanak-kanak juga memerlukan air sama penting dengan keperluan orang dewasa. Namun, pemberian air kosong ini seringkali diabaikan oleh ibubapa. Lalu mereka acap kali menjadikan air manis sebagai minuman harian berbanding air kosong! 

Antara kesan kekurangan air kosong di kalangan kanak-kanak adalah:

1) Lemah daya ingatan (kesan jangka pendek)
2) Hilang fokus dan sukar memberi tumpuan ketika belajar
3) Mudah mengantuk
4) Lambat membuat pengiraan walaupun pada pengiraan yang mudah
5) Kurang bertenaga dan lesu
6) Tidak aktif dan kerap pasif dalam aktiviti harian
7) Mudah jatuh sakit seperti demam, selesema dan batuk
8) Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini akan menyebabkan cairan di otak akan menurun. Akibatnya, pengangkutan oksigen ke otak juga menjadi tidak lancar sekaligus menjadikan sel-sel otak tidak aktif dan berkembang.
9) Kulit tidak sihat
10) Berlakunya masalah sembelit, ulser mulut dan tonsil

Ini merupakan sebahagian kesan yang akan berlaku bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa. Terdapat banyak lagi kesan-kesan lain yang boleh timbul akibat kekurangan air kosong dalam tubuh. Namun, saya hanya menfokuskan kesan pada kanak-kanak sahaja. 

Tahukah anda, fasa kanak-kanak merupakan fasa perkembangan otak yang sangat aktif dan cepat berkembang. Kebiasaannya, kanak-kanak menggunakan sepenuhnya peranan otak mereka dalam meneroka sesuatu perkara yang berlaku di persekitaran kita. 

Namun, adakah anda yakin anak anda benar-benar dapat menggunakan otak mereka dengan sebaiknya. Otak amat memerlukan bekalan oksigen untuk menjalankan fungsinya dengan baik. tetapi, bagaimanakah otak memperolehi oksigen?

Otak memperolehi oksigen melalui aliran darah yang dihantar ke otak. Air kosong di dalam darah berfungsi untuk mengangkut bekalan oksigen untuk disalurkan ke seluruh anggota tubuh termasuk juga otak. Sebab itulah antara sebab mengapa kadangkala otak anak tidak dapat berfungsi dengan baik salah satunya adalah disebabkan faktor ini!

Oleh yang demikian, anda telah melihat kesannya bukan? Amalkan tabiat minum air kosong dalam kehidupan seharian. Bekalkan mereka dengan air kosong setiap kali ke sekolah. Saya masih ingat lagi, sejak di bangku sekolah rendah, bekalan air kosong tidak pernah tinggal dalam list to do saya ke sekolah.   

Awas! Bayi yang berumur 0-6 bulan tidak termasuk dalam saranan minum air kosong ini yer ibu-ibu. Ini kerana, bayi 0-6 bulan hanya memadai dengan susu ibu sepenuhnya! Jangan berikan anak anda apa jua makanan termasuk air kosong ketika berusia 0-6 bulan! Belum tiba masanya lagi kerana perut dan usus mereka terlalu kecil untuk menampung makanan dan minuman selain susu ibu.

Jom, ubah tabiat harian kita! Ibubapa harus menjadi pemula kepada perubahan. Kemudian, baru didik anak-anak anda bersama untuk mengubah tabiat ini..

Selamat beramal!
"Mama, Bantu Adik..Adik Tak Cukup Minum Air Kosong!"



Salam ukhuwah,
Ummu Hanan

Never Lose Hope...





-----------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..



rcari-cari income tambahan untuk anda sekeluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..




No comments:

Post a Comment