Friday, October 10, 2014

5 Cara Melegakan Kekejangan Kaki Ketika Hamil

Kekejangan kaki ketika hamil merupakan perkara biasa yang dialami oleh wanita mengandung. Kadangkala situasi ini turut mengganggu aktiviti harian wanita hamil. Atau mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan dan kesakitan kepada wanita hamil. InsyaAllah hari ini nak share 5 cara mudah mengelakkan atau melegakan kekejangan kaki ketika hamil..
Antara cara mengelakkan atau melegakan kekejangan kaki adalah seperti berikut:

1) Lakukan regangan

Lakukan senaman regangan pada bahagian kaki sebelum masuk tidur kerana ia boleh membantu mengurangkan masalah kekejangan kaki.

2) Jangan berada dalam satu posisi terlalu lama

Elakkan berdiri atau duduk dalam tempoh yang panjang kerana ia boleh menyekat pengaliran darah ke bahagian kaki.

3) Bersenam

Senaman yang dilakukan secara kerap seperti berjalan kaki dapat mengelakkan masalah kekejangan kaki.

4) Minum banyak air

Dehidrasi juga boleh menjadi punca kepada kekejangan. Jadi, banyakkan minum air di siang hari.

5) Mengurut

Apabila anda mengalami kekejangan, tenangkan otot berkenaan dengan melakukan urutan lembut atau tuamkan dengan tuala suam atau botol berisi air suam.

Itu sahaja perkongsian tentang bagaimana cara yang anda boleh cuba untuk mengelakkan atau melegakan ketegangan..

Uppsss sebelum terlupa.. Anda juga boleh mengamalkan pengambilan Kalsium OsteMatrix Shaklee bagi melegakan masalah kekejangan ini.





------------------------------------------------------------------------
Tercari-cari income tambahan untuk anda sekeluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..










No comments:

Post a Comment