Tuesday, September 30, 2014

Tips Mencegah dan Mengatasi Masalah Jerawat

Jerawat merupakan masalah besar bagi mereka yang menjaga penampilan. Kemunculan jerawat menyebabkan seseorang itu kurang yakin dengan diri. Jerawat berpunca daripada hormon yang dipanggil androgen yang berfungsi meningkat minyak yang dihasilkan oleh kulit, menyebarkannya di dalam darah mereka. Namun terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan timbulnya jerawat seperti faktor genetik, tekanan, pendedahan keterlaluan kepada cahaya matahari, pil perancang dan sesetengah alat solek. Entri kali ini, saya ingin berkongsi mengenai bagaimana mencegah dan mengatasi jerawat secara ringkas.


Mencegah dan Mengatasi Masalah Jerawat

Bagi mereka yang kulit mukanya masih lagi bersih dan cantik, saya cadangkan beberapa langkah berikut untuk anda kekal menawan:

#1. Pastikan anda minum banyak air mineral atau air kosong sekurang-kurangnya 2 liter satu hari. Mudah bukan. Ia bertujuan untuk mengeluarkan toksin dalam badan.

#2. Makan makanan yang berkhasiat untuk kecantikan kulit terutamanya Vitamin C yang membantu membentuk kolagen seperti oren, strawberi, kiwi, brokoli dan tomato. Tambahkan juga makanan yang kaya dengan Vitamin E.

#3. Untuk anda yang memakai alat solek, pastikan kulit muka dicuci dan dibersihkan daripada sebarang sisa solekan sebelum masuk tidur. Pastikan kulit muka juga dibersihkan sebelum mencuci muka dengan sebarang jenis pencuci dan pastikan juga kulit anda benar-benar kering sebelum menyapu sebarang jenis krim penjagaan kulit.

#4. Jika anda menggunakan krim pencegah jerawat, jauhkan kulit anda daripada sentiasa terkena pancaran cahaya matahari. Ubat atau krim jerawat boleh menyebabkan reaksi atau alahan pada kulit.

#5. Pastikan anda tidur dengan cukup.

Berikut pula beberapa tindakan yang boleh anda lakukan apabila jerawat timbul di muka anda:

#1. Tukar alat solek yang berasaskan minyak. Kulit memang sudah menghasilkan minyak secara semula jadi. Minyak yang semakin banyak di tambah pula dengan debu akan memudahkan bakteria untuk terus hidup.

#2. Bersihkan sisa solekan setiap malam sebelum anda tidur.

#3. Gunakan bahan-bahan semula jadi untuk mengatasi jerawat seperti menyapu madu, kulit kayu manis atau mana-mana petua orang lama yang sesuai dengan anda.

#4. Biarkan benjolan jerawat. Anda tidak seharusnya memicit jerawat atau bintik-bintik putih di muka anda. Biarkan sahaja kerana jika anda memicitnya, ia akan menyebabkan infeksi. Memicit bintik-bintik putih akan memecahkan dinding pori-pori, membenarkan kandungannya mengalir ke atas kulit dan menyebabkan sebutir lagi jerawat akan timbul.

#5. Gunakan pencuci muka dan alat kosmetik yang selamat. Ketika anda memilih pencuci muka, cuba hindari produk-produk yang mengandungi lanolin, isopropyl miristat, paraben, natrium laurel sulfat, laureth-4, Phthalates, Triclosan, PEG’s dan Proplene Glycol. Bahan-bahan ini boleh menambahkan lagi masalah kepada kulit muka anda.

=========
Anda mempunyai masalah untuk mendapat makanan terbaik atau nutrisi untuk penjagaan kulit??!!
Anda sukar untuk mendapatkan produk penjagaan muka yang selamat, bebas daripada bahan kimia, selamat dan berkesan???!!!
Jangan risau.. Kami akan bantu anda untuk menyelesaikan masalah anda.
Hubungi kami untuk kami berkongsi apa yang telah kami alami dengan produk yang selamat, semula jadi dan berkesan.
=========
Salam ukhuwah,
Ummu Hanan

Never Lose Hope..



Hubungi kami,
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..

emel : nur_kids@yahoo.com.my
sms/whatsapp : 019-3405054
ID Shaklee: 946651





No comments:

Post a Comment