Thursday, September 11, 2014

Risiko Permainan yang Membahayakan Nyawa Anak?

Jangan pendeng remeh dengan permainan anak-anak!

Kerap kali kita mendengar tentang berita kematian kanak-kanak akibat daripada kecuaian terhadap barang permainan. Kematian boleh mengundang dalam apa jua keadaan, apa jua masa dan apa jua situasi. Begitu juga dengan alatan permainan anak-anak.

Adakah anda sedari setiap alatan permainan anak anda selamat? Adakah ianya benar-benar sesuai dengan anak anda mengikut usia dan keperluan pembelajaran mereka?
Hari ni nak sharing tentang kepentingan memilih barang permainan yang betul-betul selamat dengan anak anda.. Sebagai peringatan saya sekeluarga juga, insyaAllah..

Alam kanak-kanak merupakan alam yang sangat menyeronokkan bagi kanak-kanak. Ketika waktu inilah juga kanak-kanak seolah-olah berkhayal dengan dunia mereka sendiri. Apatah lagi apabila ibubapa memberikan permainan yang mampu meransang minda dan khayalan mereka. Apabila kita perhatikan, seolah-olah mereka asyik dengan dunia mereka tanpa mempedulikan orang di sekeliling kita. Betul kan?

Namun, ibubapa jangan sesekali terlalu ghairah dengan dunia khayalan kanak-kanak ini. Berpijak di bumi yang nyata, mainkan peranan sebagai ibubapa sebaiknya. Pastikan keselamatan anak-anak menjadi keutamaan melebihi segala dunia khayalan anak-anak. 

Rata-rata ibubapa lebih maklum bahawa kini terdapat pelbagai bentuk permainan di pasaran yang sesuai untuk apa jua pilihan peringkat umur sama ada permainan kanak-kanak lelaki mahupun wanita. Pada kebiasaannya, kanak-kanak perempuan memiliki permainan seperti bear, anak patung, permainan masakan dan sebagainya. Manakala bagi permainan kanak-kanak lelaki pula kebiasaannya berbentuk blok, kereta, askar dan sebagainya. 

Namun, adakah ianya semua sesuai dengan semua peringkat usia anak anda? 

Berikut merupakan beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan ibubapa, petikan daripada artikel majalah PAMA, 7 Disember 2011 seperti berikut:  

1) Baca label pada permainan sebelum membelinya.
2) Elak beli mainan seperti anak patung yang mempunyai bulu yang banyak 
     untuk anak berusia di bawah satu tahun.
3) Pilih permainan seperti baby gym yang boleh merangsang fizikal dan deria.
4) Beli permainan yang mempunyai permukaan yang tidak tajam.
5) Jangan membeli permainan yang mempunyai bahagian-bahagian kecil atau 

     mudah tertanggal. Ia boleh membuatkan anak tercekik.
6) Bahan-bahan yang mempunyai toksik tidak sesuai dijadikan bahan 

     permainan kerana boleh meracuni mereka.
7) Jangan beli permainan yang mempunyai cat yang mudah tertanggal.


Selain itu, beberapa langkah pencegahan lain yang dikongsikan melalui laman web Pusat Racun Negara, sewajarnya perlu dititik-beratkan juga seperti berikut:

  1. Pertimbangkan usia, minat serta perkembangan dan keupayaan kanak-kanak (Lihat juga nasihat/saranan syarikat pembuat).
  2. Pertimbangkan ruang yang ada untuk bermain dan menyimpan permainan tersebut.
  3. Cari permainan yang tidak banyak memerlukan penyeliaan atau penjagaan.
  4. Cari permainan yang tidak mengandungi bahan berbahaya dan beracun.
  5. Tentukan tiada bahagian yang boleh mudah tertanggal atau tercabut; tarik-tarik bahagian tertentu untuk menentukan ini tidak berlaku.
  6. Tentukan bahagian yang boleh bergerak dipasang dengan baik dan tidak boleh menimbulkan masalah, seperti terkepit jari; atau yang bersendi-sendi tajam
  7. Pilih permainan diperbuat daripada kain, yang kukuh buatannya, boleh dibasuh serta tidak mudah terbakar.
  8. Pembuatan yang kemas dan tahan lasak adalah ciri-ciri penting untuk permainan kanak-kanak.
  9. Elakkan daripada permainan yang menggunakan pancutan (khususnya bergas), atau yang bermata tajam seperti anak panah, maupun senjata. Tentukan juga permukaannya licin serta halus
  10. Periksa dan semak yang permainan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. Cuci jika perlu. Buang permainan yang rosak dan tidak selamat sekiranya ia tidak boleh diperbaiki dengan sempurna.
*Selain itu, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pemilik kedai tentang permainan yang sesuai boleh dicadangkan untuk anak anda. 

*Pastikan anda mengawasi anak anda ketika bermain. Ianya bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak, lebih cepat meransang minda anak-anak hasil daripada pengajaran secara tidak langsung oleh ibubapa, malah ibubapa dapat mengawasi sepenuhnya keselamatan anak-anak. 

Ingat!
Sekali anda tersilap langkah, nyawa anak-anak anda pertaruhkan.. Nyawa dan keselamatan anak tiada galang-gantinya sekalipun dengan nilaian jutaan ringgit. 

Moga selepas ini para ibubapa bukan hanya memilih permainan yang cantik pada pandangan mata, malah sewajibnya memilih permainan yang benar-benar SELAMAT untuk si manja anda!



Salam Sayang.
Ummu Hanan


Never Lose Hope...

2 comments:

  1. awasi anak anak kita dengan permainan di rumah..
    jemput berbog walking ke link sy
    http://bit.ly/ZhYI7u

    ReplyDelete
  2. ya,betul..betul..setuju sangat..

    jemput jenjalan http://bit.ly/1pczJYr

    ReplyDelete