Wednesday, September 17, 2014

Meal Shakes Membantu Atasi Masalah Sembelit

Anak anda mengalami masalah sembelit yang teruk? Setiap kali membuang mengalami masalah yang sama? 


Kadang-kala sehingga menangis, merengek minta dibantu. Tapi, apa yang anda dapat bantu mereka? Biarkan saja atau cuba mengatasi masalah sembelit anak anda dengan pelbagai cara? Hari ini saya nak kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda mengatasi masalah sembelit anak anda.
Ibu-ibu tak perlu khuatir dan risau kerana sembelit bukanlah satu penyakit. Sembelit kebiasaannya tidak berlaku pada bayi yang sedang menyusu badan. Kebiasaannya ia terjadi kepada kanak-kanak yang mula mengambil makanan pejal pada usia 6 bulan dan ke atas.

Tetapi, anda tidak boleh terus-terusan membiarkan masalah sembelit anak ini berlarutan tanpa anda usaha untuk mengatasinya kerana ia mungkin boleh menjadi satu komplikasi kepada penyakit lain yang lebih kronik seiring dengan waktu yang mereka alami. 

Sembelit boleh berlaku pada anak apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama ianya di situ, akan menjadi lebih keras dan kering.


Pembuangan najis setiap anak adalah berbeza. Anda perlu fahami bahawa kanak-kanak juga mengalami pola waktu yang berbeza untuk membuang air besar.

Menurut Dr. Azam Mohd Nor iaitu seorang pakar Perunding Pediatrik Kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur berkata anak-anak yang mengalami masalah sembelit ini kebiasaannya mengalami kesukaran untuk membuang air besar dalam tempoh 2 minggu.

Kebiasaannya, kanak-kanak yang mengalami sembelit ini akan menangis kesakitan, mengalami sakit perut, ketidakselesaan dan mengalami kesakitan di bahagian dubur. Seandainya anda perasan, najis kanak-kanak yang mengalami sembelit ini kering, kerasberketul-ketul ataupun dalam bentuk bulat-bulat kecil. Adakalanya hingga mengeluarkan darah. 

Menurut beliau lagi, sembelit terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
1) Sembelit secara tiba-tiba
2) Sembelit secara berpanjangan

Bagaimana anda ingin mengenali bahawa anak anda sedang mengalami masalah sembelit ini? 

Ada beberapa tanda yang boleh ibubapa perhatikan iaitu antaranya postur badan anak yang tidak normal dari biasa ketika meneran, menangis ketika membuang akibat kesakitan ketika meneran, dan juga bentuk najis yang berketul serta tidak cair seperti kanak-kanak normal lain. 

Apakah antara punca anak mengalami sembelit?

Ada beberapa faktor penyebab yang menjadi punca kepada masalah sembelit di kalangan anak-anak ini antaranya:
1) Bertukar susu daripada susu ibu kepada susu formula yang mungkin tidak sesuai dengan anak
2) Pengambilan makanan harian yang tidak cukup zat dan mineral yang diperlukan badan
3) Kurang minum air masak
4) Pembancuhan susu yang tidak mengikut sukatan yang betul
5) Persekitaran dan pengambilan makanan yang tidak sihat akibat daripada peningkatan usia kanak-kanak.
6) Menahan diri daripada membuang air besar dalam tempoh beberapa hari
7) Penyakit berjangkit
8) Pengambilan ubat tertentu yang mungkin tidak sesuai dengan anak-anak

Apakah kesan jangka panjang yang mungkin terjadi apabila sembelit berpanjangan?

Kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit dalam tempoh yang lama mungkin bakal mengalami masalah kesihatan yang lain seperti berikut:
*Kencing kotor
*Masalah tumbesaran yang lambat dan tidak meningkat 
*Kurang selera makan 
*Buasir 
*Masalah usus
*Tidak aktif seperti kanak-kanak lain
*Dikhuatiri terus-terusan mengalami masalah sembelit sehingga dewasa 
*Trauma untuk membuang air besar

Apakah Tips yang boleh dipraktikkan ibubapa untuk mengatasi masalah sembelit ini?

Terdapat beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibubapa antaranya:
1) Baringkan anak anda dan buat gerakan kaki seperti mengayuh basikal supaya pergerakan usus mereka lancar
2) Galakkan anak anda untuk aktif bergerak seperti merangkak.
3) Pastikan anak anda minum banyak air kosong
4) Buat urutan pada perut anak anda secara membulat
5) Berikan anak makanan yang tinggi fiber dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
6) Berikan anak anda minuman seperti probiotik iaitu sejenis bakteria bagus untuk usus anak anda.
7) Kurangkan pengambilan makanan yang boleh menjadi punca kepada sembelit
8) Dapatkan nasihat doktor sekiranya masalah sembelit terus berlaku berpanjangan

Adakah rangkaian produk SHAKLEE yang boleh membantu atasi masalah anak sembelit ini?

Ya.. Meal Shakes boleh membantu masalah anda dalam memastikan sembelit anak anda dapat di atasi dengan baik. Mungkin anak anda seorang yang susah minum air kosong, tidak sukakan sayuran dan buah-buahan? Meal Shake boleh membantu dalam memberikan fiber dan serat yang cukup bagi mengelak dan mengatasi masalah sembelit anak anda ini. 

Mari kita lihat apakah manfaat yang terkandung di dalam Meal Shakes:

* Mengandungi Nutrisi Lengkap- Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu untuk menampung keperluan nutrisi yang tidak cukup dalam pengambilan makanan seharian.
* Membekal nutrisi kepada tubuh- Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), dalam membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ dan tubuh yang lain.


* Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang membantu membina tulang yang sihat dan sel-sel yang berhubung dalam proses pembesaran tubuh badan.
* Bertindak sebagai antioksidan- mengandungi vitamin A, C, E, zink selenium yang bertindak sebagai agen yang melawan jangkitan pada tubuh.
* Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper dalam membina sel-sel darah merah yang sihat
* Bertindak sebagai agen detoks- Mengandungi serat yang membantu dalam pencernaan usus dan pembuangan najis
* Perasa Vanila yang lazat, boleh diambil dengan apa jua minuman.

* Tanpa perasa tiruan, pewarna dan gula tiruan. 

Manfaat Meal Shakes
Meal Shakes: Berat bersih 544 gram
Anda masih kurang keyakinan untuk menggunakan produk ini? Mari kita lihat beberapa testimoni pengguna di kalangan ibu-ibu yang telah berpuas hati dengan Meal Shakes ini..

Testimoni Atasi Sembelit dengan Meal Shake
Testimoni Atasi Sembelit Anak dengan Meal Shakes

Testimoni Atasi Sembelit Anak dengan Meal Shake
Testimoni Pengguna yang berjaya atasi sembelit anak dengan Meal Shakes

Anda juga mencari supplement lengkap untuk imunisasi dan minda anak-anak anda? Klik Set Kesihatan Anak-Anak



WOOWWW!!!!
Bulan September bulan Promo MEal Shakes...
BUY 3, 
FREE 1 BOX WORTH RM136

Berbaloi kan???
----------------------------------------------------------
Anda ingin mengatasi masalah sembelit anak anda dengan Meal Shake? 
Bertindak sekarang!!!
Lagi cepat anda bertindak, lagi cepat anda menjadi pengguna, 
lagi cepat anda dapat melihat hasilnya pada anak anda..
Excited? Tak sabar bukan?

Klik & Order di sini menggunakan Debit Card @ Credit Card anda sendiri..

 Meal Shakes atasi sembelit Anak



CHOOOOPPPPPP!!!

 Ingin membuat penjimatan sehingga 25%?
Jangan lepaskan peluang sertai kami dengan membuat pembelian sebagai ahli Shaklee..
Lebih penjimatan, lebih berbaloi dari biasa..


Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah


COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*



Sumber Rujukan:
1) http://drzubaidi.com/blog/sembelit-di-kalangan-bayi-dan-kanak-kanak/
2) http://www.babycenter.com.my/a1033009/sembelit-dan-bayi-anda
3) http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130217/kn_01/Mengatasi-sembelit-bayi
4) http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140814/ke_02/Anak-sembelit


2 comments:

  1. Good info..kunjungilah blog saya di
    Kekalsihatdenganvitamin.blogspot

    ReplyDelete
  2. Mealshakes pon bgis utk org dewasa ug ada mslh sembelit ..
    www.anakummicomel.blogspot.com

    ReplyDelete