Wednesday, September 10, 2014

Cirit-Birit: Simptom, Punca dan Cara Rawatan

Cirit-birit.. 

Sebut pasal cirit-birit ni, mesti semua dah boleh gambarkan macam mana keadaan dan situasi diri anda bukan ketika cirit-birit.. Perut memulas-mulas, ulang-alik ke tanda sepanjang masa, berpeluh-peluh, rasa macam nak pitam.. Haaa itu lah dia cirit-birit. Bahaya tak yer sebenarnya cirit-birit ni? Jom ikuti perkongsian saya pada entri kali ini..
Diarrhea atau cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan untuk membuang najis secara normal daripada keadaan biasa. Apabila berlaku cirit-birit ini, najis yang keluar adalah lebih berair, cair dan bukan dalam bentuk pepejal seperti keadaan normal. Bahkan, kekerapan berulang-alik ke tandas juga menjadi salah-satu keadaan yang biasa dihadapi oleh seseorang yang mengalami masalah cirit-birit.

Apakah Simptom berlakunya cirit-birit ini?

Simptom-simptom yang berlaku antaranya:
*Dimulai dengan rasa tidak selesa di bahagian perut atau perut terasa memulas-mulas
*Rasa pedih ulu-hati
*Badan mulai kerap rasa berpeluh, rasa ingin pitam
*Sebahagiannya disusuli dengan muntah-muntah dan demam.

Berapa lamakah tempoh cirit-birit berlaku?

Cirit-birit kebiasaannya hanya akan berlaku dalam tempoh 2-3 hari sahaja. Namun, bagi sesetengah penyakit yang lebih serius seperti taun, ia akan berlaku lebih lama dari tempoh 3 hari tersebut. Dan kebiasaannya gejala cirit-birit disebabkan taun adalah lebih teruk daripada cirit-birit biasa ini. 

Apakah Faktor dan Punca terjadinya masalah cirit-birit?

1) Jangkitan bakteria.
2) Makanan atau minuman yang tidak dimasak dengan sempurna seperti daging dan telur
3) Sumber air yang tidak bersih yang mungkin dicemari
4) Sensitif dengan sesetengah jenis makanan/masakan seperti alahan pada produk yang berbentuk tenusu dan sebagainya.
5) Tindak balas terhadap ubat-ubatan seperti ubat antibiotik, ubat anti-kanser dan sebagainya.
6)  Penyakit usus. Luka di bahagian dinding usus yang mungkin boleh menjadi faktor penyebab kepada masalah cirit-birit.
7) Kegagalan fungsi usus dan sistem pencernaan.

Apakah Cara Rawatan yang sesuai untuk mengatasi cirit-birit?

Antara petua yang biasa digunakan ialah:

1) Rendamkan 4 sudu besar serbuk teh dalam cawan. Biarkan sebentar dan minum tanpa gula.
2) Masak beras tanpa minyak sehingga kehitaman. Kemudian, rendamkan beras dalam air dan minum air rendaman beras tersebut
3) Banyakkan minum air
4) Ambil minuman isotonik untuk menggantikan air dalam tubuh yang terdehidrasi

Ada beberapa perkara yang mungkin boleh kita amalkan untuk mengatasi masalah cirit-birit ini sebagaimana saranan dalam web Know Your Medicine, Kementerian Kesihatan berikut:
  • Berwaspada dengan dehidrasi (kehilangan air daripada badan).
  • Minum banyak air. Menghisap serpihan air batu juga dapat membantu. Berikut adalah beberapa sumber cecair yang boleh diambil:
    • Air
    • Air rebusan
    • Teh dengan gula yang sedikit
    • Minuman untuk bersukan (100 plus)
    • Campuran daripada empat sudu teh gula dan satu sudu teh garam dengan empat cawan air
    • Garam Rehidrasi Oral
  • Orang dewasa harus minum sekitar dua cawan setiap jam kecuali jika mereka muntah.
  • Anak-anak berusia lebih dari dua tahun boleh minum sehingga dua liter sehari.Tanya kepada doktor anda untuk membantu sekiranya anak anda haus, mengalami kekejangan, atau kelihatan lemah atau kebingungan.
  • Tanyakan kepada doktor anda apa yang harus diberikan kepada anak di bawah usia dua tahun.
  • Jangan minum air yang sangat panas atau sangat sejuk
  • Jangan minum jus epal kerana ini boleh menerukkan cirit birit, terutamanya kepada  kanak-kanak.
  • Jangan minum susu pada masa saat ini kerana ia  juga boleh menerukkan cirit birit.
  • Makan sedikit atau ambil makanan bukan pepejal untuk beberapa hari selepas itu.

Adakah rangkaian produk Shaklee yang sesuai untuk masalah cirit-birit ini?

Ya..Shaklee juga punya produknya yang tersendiri yang boleh anda ambil untuk mengatasi masalah cirit-birit yang mungkin berlaku secara berlarutan kepada anda..

1) PERFORMANCE DRINK



2) NUTRIFERON



------------------------------------------------------------------------
Anda mengalami masalah cirit-birit berlarutan?
Apa kata anda cuba Performance Drink dan Nutriferon ini yang mampu membantu masalah dehidrasi akibat cirit-birit..

Klik & Order di sini menggunakan Debit Card @ Credit Card anda sendiri..

 Performance & Nutriferon untuk cirit-birit

CHOOOOPPPPPP!!!

 Ingin membuat penjimatan sehingga 25%?
Jangan lepaskan peluang sertai kami dengan membuat pembelian sebagai ahli Shaklee..
Lebih penjimatan, lebih berbaloi dari biasa..


Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah


COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...

1 comment:

  1. Info yang sangat best. Tq dear.
    http://vitamincintaummi.blogspot.com

    ReplyDelete