Tuesday, September 2, 2014

Bayi Jaundice (Kuning): Punca, Risiko dan Cara Rawatan

 Baby Jaundice? Apakah Jaundice? Bagaimanakah ia boleh berlaku? Apakah puncanya? Apakah ianya berisiko sehingga boleh mengancam bayi anda? Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah bayi Jaundice ini?

Tahukah anda, kelahiran bayi yang tidak cukup bulan mempunyai risiko 80% untuk menghidapi jaundice berbanding 50% daripada kelahiran cukup matang. Kebiasaannya, Jaundice pada kelahiran tidak cukup matang mengalami masalah ini lebih lama berbanding bayi yang cukup matang.
Apakah kategori Jaundice?
Jaundice boleh dikategorikan kepada 3 iaitu:
1) Jaundice Fisiologi
2) Jaundice Patologikal
3) Jaundice yang berpanjangan (Prolonged Jaundice)

Bilakah kebiasaannya terjadi Jaundice?
Pada kebiasaannya, bayi akan mula diserang Jaundice bermula pada hari ke-2 atau ke-3 selepas kelahiran. Kebiasaannya ia hanya bersifat sementara sehingga jangka waktu seminggu atau mungkin lebih lama sehingga sebulan selepas kelahiran.

Tetapi AWAS!!! Jangan biarkan masalah Jaundice ini tanpa pengawasan dan pantauan lanjut oleh doktor atau hospital. Ini kerana, ianya juga mampu memberikan risiko kepada masalah kesihatan yang lebih membimbangkan!

Apakah Punca Jaundice? 
Jaundice boleh menyerang bayi yang sihat apabila sel darah merah mereka mengandungi kandungan bilirubin yang berlebihan daripada keadaan normal. Bilirubin ini merupakan satu bahan kimia ketika proses penguraian dalam sel darah merah berlaku.

Ketika dalam kandungan ibu, hati ibu yang akan membuang bilirubin ini. Selepas kelahiran, bayi akan membuang bilirubin tersebut melalui hati mereka sendiri. Namun demikian, disebabkan hati bayi masih belum mampu sepenuhnya untuk melawan bilirubin ini, maka terjadilah Jaundice ini.  

Bahkan, apabila bayi baru diahirkan, sel darah mereka akan bertambah untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan, Dan kadangkala ginjal bayi yang masih belum kuat juga masih belum mampu untuk melawan biliribun secara berlebihan.

Kebiasaannya, apabila kandungan bilirubin mula meningkat dan Jaundice mula menyerang, ia akan bergerak bermula dari kepala, turun ke tengkok, turun ke dada dan dalam keadaan yang kronik, ia akan mula bergerak sehingga ke jari kaki.

Namun jangan bimbang kerana kebiasaannya Jaundice yang dikenali sebagai Jaundice Fisiologi ini tidak membahayakan bayi yang sihat berbanding dengan Jaundice tertentu yang diakibatkan oleh masalah ginjal atau penyakit resus.

Bagaimana cara mengetahui bayi diserang Jaundice?
Ibu-ibu boleh membuat penelitian awal sendiri terlebih dahulu di rumah selepas kelahiran. Mudah saja, letakkan bayi di bawah cahaya terang yang mencukupi:

*Bayi berkulit cerah: Tekan di bahagian hidung atau dahi. Lepaskan secara perlahan-lahan. Apabila kesan tekanan jari anda menghasilkan warna pucat kekuningan, ianya menjadi tanda bayi anda memiliki masalah Jaundice.

*Bayi berkulit gelap: Lihat pada mata putih atau gusi bayi. Apabila wujud kekuning-kuningan pada anak mata putih, ianya juga menjadi tanda bayi anda memiliki masalah Jaundice.

Sila terus rujuk doktor kesihatan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut. Jangan biarkan!

Apakah risiko kepada bayi? 
Jangan memandang remeh dan enteng tentang masalah Jaundice ini. Adakah ianya membahayakan?
Ya! Walaupun ianya merupakan masalah normal yang berlaku kepada bayi selepas kelahiran, ibubapa jangan memandang enteng masalah ini.

Ini adalah kerana apabila kandungan bilirubin melepasi satu tahap dan keadaan yang kritikal dan terlalu berlebihan, ianya boleh menjadi punca kepada masalah pendengaran. Dan yang lebih teruk, ianya mampu menyebabkan masalah kerosakan pada otak. Hati-hati kerana apabila kerosakan pada otak telah berlaku, ianya juga berkemungkinan besar turut mengganggu kebanyakan sistem badan manusia.

Adakah cara untuk merawat masalah Jaundice? 
Pada kebiasannya, doktor akan menyarankan untuk para ibu memberikan kekerapan menyusu ibu sahaja sehingga Jaundice hilang sepenuhnya. Ianya merupakan ubat Jaundice yang paling terbaik.

Kerapkan sesi menyusu ketika anak mengalami Jaundice. Kebiasaannya bayi yang mengalami masalah ini akan tidur lebih lama dari biasa. Kerap kejut anak anda untuk anda memberikan susu ibu. Sebaiknya setiap 2 jam sekali atau bila-bila masa yang bayi perlukan.

Please jangan rasa mudah kasihan untuk anda tidak mengejut bayi anda ketika tidur kerana pada hakikatnya ianya tidak membantu penurunan Jaundice anda selagi anda tidak memberikan susu ibu lebih daripada biasa.

Jangan berikan susu formula, air masak atau ubat-ubatan tradisional lain selain daripada susu ibu.

*Ibu-ibu dinasihatkan tidak mengambil ubat-ubatan yang berunsur herba ketika anak sedang mengalami Jaundice.

Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah


COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.
  
Never Lose Hope...



2 comments: