Friday, February 7, 2014

DIABETES: RISIKO KEPADA KEHAMILAN DAN CARA MENGATASI

Kencing manis (Diabetes) merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh sebahagian wanita hamil di Malaysia. Kebiasaannya, faktor keturunan mempengaruhi potensi seseorang wanita hamil itu memiliki diabetes ketika hamil. Pastinya ia perlu sentiasa diberi pantauan.

Wanita yang tidak memiliki faktor keturunan diabetes juga berpotensi untuk mendapat diabetes ketika hamil walaupun mereka tidak mempunyai sejarah silam dengan diabetes. Mari kita kenali lebih lanjut berkaitan permasalahan diabetes ini di kalangan wanita hamil.
Diabetes kehamilan atau nama saintifiknya disebut sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) sering dihidapi oleh hampir 20% wanita hamil setiap tahun. Diabetes kehamilan biasanya dapat dikesan ketika usia kandungan lingkungan 24 minggu sehingga 28 minggu. 

Siapa yang ada risiko untuk mendapat diabetes ketika hamil?
  • Ibu-ibu yang mempunyai berat badan yang berlebihan semasa mengandung
  • Ibu-ibu yang ada sejarah melahirkan bayi yang beratnya melebihi 4 kilogram sebelum ini
  • Ibu-ibu yang ada sejarah anak lahir mati atau mati dalam perut (ketentuan Ilahi)
  • Ibu-ibu yang mempunyai ibubapa yang menghidap kencing manis (diabetes)
  • Anda menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu

Tanda-tanda Diabetes:
  • Rasa dahaga yang belebihan
  • Kerap kencing
  • Jumlah air kencing yang berlebihan daripada biasa
  • Keletihan
  • Penglihatan kabur

Bagaimanakah diabetes ini boleh berlaku ketika hamil?

Diabetes berlaku disebabkan peningkatan paras gula di dalam darah ketika hamil. Kebiasaannya, diabetes ini berlaku disebabkan badan kita tidak dapat menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin ini bertindak untuk mengawal jumlah gula di dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan terus disimpan.  





Semasa kehamilan, badan memerlukan lebih insulin untuk turut sama memenuhi keperluan bayi dalam kandungan. Namun demikian, sekiranya insulin yang dihasilkan tidak mencukupi, ianya menyebabkan berlakunya lebihan gula dalam darah sekaligus menjadi punca kepada Diabetes Gestational ini. 

Paras glukosa darah selepas berpuasa bagi orang yang tidak menghidapi penyakit kencing manis adalah di antara 4 dan 6.6 mmol glukosa per liter. Walau bagaimanapun, paras sehingga 7.8 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras glukosa darah pos-prandial (selepas makan) sehingga 10 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras di bawah 4 mmol/L menunjukkan paras glukosa darah yang rendah.

Biarpun Gestational Diabetes Mellitus ini akan hilang selepas kelahiran, ianya tidak boleh diambil enteng kerana boleh menyebabkan berlakunya beberapa komplikasi ketika kehamilan dan kelahiran bayi. 

Jika kencing manis tak dikawal, komplikasi berikut boleh berlaku:
  • Bayi mati dalam kandungan
  • Berat baby dalam kandungan boleh melebihi 4 kilogram. Kesannya akan menyebabkan kesukaran bersalin secara normal dan kemungkinan berlakunya kecederaan di bahagian bahu bayi ketika kelahiran
  • Kandungan cacat
  • Jangkitan kulat dan vagina (candidiasis)
  • Kembar air (polyhydramnios)
  • Berkemungkinan bayi menjadi obes selepas kelahiran dan berpotensi menghidap diabetes ketika dewasa kelak
  • Bayi berkemungkinan untuk menghidap jaundis berlarutan selepas kelahiran
  • Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia)

Saranan untuk pengidap kencing manis ketika hamil:
  1. Amalkan pemakanan mengikut piramid makanan
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula
  3. Amalkan kebersihan diri
  4. Selalu bersenam
  5. Mematuhi nasihat doktor dan sentiasa mendapatkan pantauan dan khidmat kaunseling
So, berdasarkan perkongsian ini, moga-moga memberikan manfaat dan info buat anda semua yang memiliki masalah kencing manis ketika kehamilan. 

Selain itu, Shaklee juga memiliki produk yang dapat membantu masalah para ibu berkaitan dengan kencing manis ini.. Alhamdulillah, ramai yang telah memberikan respon positif. Yang penting usaha.. Dengan izin Allah, insyaAllah Allah sembuhkan..

Dapatkan set diabetes kehamilan ini dengan harga yang sangat berpatutan dengan pulangan dan hasil yang anda bakal miliki..




Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah


COD FREE: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



No comments:

Post a Comment