Thursday, February 27, 2014

Coenzyme Q10 dan Kepentingannya

Apa itu Koenzim Q10 dan mengapa ia penting untuk tubuh kita?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semula jadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hat, buah pinggang dan pankreas berfungsi.


CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudian terurai dan ditukarkan kepada tenaga dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh yang lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan membaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat atau normal.


Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteris berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.

Berapa jumlah pengambilan dietary Coenzyme Q10 yang kita perlukan?

Pengambilan dietary harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. sila lihat carta di bawah untuk melihat jumlah CoQ10 di dalam makanan yang biasa kita ambil:


Tambahan lagi, keupayaan tubuh untuk menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.


Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan terhadap radikal bebas dan penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolesterol boleh mengurangkan CoQ10 di dalam tubuh. Justeru, pengambilan suplemen boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita. 

 DAPATKAN COQHEALTH PLUS DARIPADA KAMI UNTUK MEMBANTU JANTUNG ANDA BERTENAGA..






Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee dengan harga menarik
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes hanya dari rumah, jana income sehingga 6 angka



COD FREE: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment